Sabtu, 22 Mac 2014

Siapakah Di Sebalik Air Asia??

Tokoh pilihan kali ini sungguh menarik minat saya untuk berkongsi besama-sama kerana saya cukup kagum dengan kisah kejayaan beliau.  Beliau merupakan seorang tokoh usahawan yang luar biasa berketurunan India,  iaitu Dato’ Tony Fernandes pengasas dan peneraju syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.




(Latar Belakang)

Tony Fernandes yang dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987.
Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.
(Air Asia)
Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
(Cara cara Tony menempuhi Halangan)
Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.
Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang  bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun  atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.
Akhir sekali, anda  jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics

10 Mitos Keusahawanan

Kepada anda yang berhasrat untuk menjadi usahawan, anda tentu lah telah berbincang atau memyatakan hasrat murni anda kepada sahabat atau saudara terdekat, ibu bapa atau isteri anda. Anda mungkin juga telah mendengar dari mereka tentang berbagai cerita tentang usahawan..Ada yang memberikan maklumat yang baik, nasihat atau perangsang. Ada juga yang bercerita tentang kegagalan usahawan lain yang mereka ketahui. Mungkin anda juga ada mendengar tentang mitos keusahawan, bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya, perlukah anda mencari ilmu dahulu atau meneruskan atau menghentikan hasrat anda. 10 mitos keusahawanan ini adalah berdasarkan dari penyelidikan oleh pakar keusahawanan.


Mitos #1
Usahawan hanya melakukan tanpa perlu berfikir.

Walaupun usahawan berkecenderungan dan pantas untuk bertindak tetapi mereka juga adalah pemikir, perancang dan berhati-hati. Kerana itu setiap langkah permulaan terhadap keusahawan mereka diperlukan untuk membina pelan perniagaan yang baik dan matlamat mudah dicapai.

Mitos #2
Usahawan dilahirkan bukan diwujudkan.

Mitos ini mengambarkan usahawan memang dilahirkan semulajadi, keusahawanan tidak boleh dipelajari. Tetapi pada masa ini  keusahawan diwujudkan dengan kaedah dan model, perlu melalui proses kemahiran, belajar melalui kajian kes dan pengetahuan dari bengkel dan seminar keusahawanan.

Mitos #3
Usahawan mestilah pencipta (inventor)

Kekeliruan ini selalu terjadi, sebenarnya untuk menjadi usahawan pelbagai peluang boleh diraih. Apa yang perlu adalah kebolehan dalam mengenalpasti peluang dan kreativiti. Ada manusia yang inovatif tetapi mereka bukan usahawan, contohnya para penyelidik dari organisasi kerajaan atau universiti.

Mitos #4
Usahawan tidak mementingkan pelajaran dan sosial
Mitos ini diadaptasikan dari rekod kejayaan usahawan yang wujud dari kegagalan pelajaran tapi berjaya dalam perniagaan. Tetapi ketika ini para usahawan dilihat sebagai role-model, mereka berjaya dalam bidang pelajaran, menjadi pemimpin masyarakat dan sebagai pemangkin ekonomi negara.

Mitos #5
Mesti memenuhi ciri-ciri atau karektor keusahawan

Ada orang mengariskan berbagai ciri-ciri dalam diri bagi menjadi usahawan. Tetapi adakah semua manusia boleh memenuhi semua sifat tersebut. Ciri-ciri ini telah dikumpulkan oleh para penyelidik dari berbagai sumber dan sudah pasti bukan berdasarkan atas diri seorang usahawan. Ciri utama usahawan adalah bersedia untuk mengambil risiko dan memantapkan motivasi diri.

Mitos #6
Usahawan bergantung pada wang

Benar, untuk menjalankan perniagaan usahawan memerlukan wang. Tetapi banyak perniagaan yang gulung tikar disebabkan kegagalan untuk mengurus kewangan dengan baik. Selain dari itu tiada kemahiran dalam pengurusan, tiada pengetahuan dalam pelaburan, lemah dalam pengurusan keawangan dan pelan perniagaan yang tidak strategik juga penyumbang kepada kegagalan perniagaan.

Mitos #7 
Usahawan bergantung pada nasib

  Selalu kita dengar kata-kata ini "berlaku pada masa yang betul dan pada tempat yang betul".  Sebenarnya nasib boleh berlaku jika persediaan cukup untuk mengarap peluang. Persediaan terhadap keusahawanan adalah yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Apa yang tersembunyi dibelakang nasib itu adalah persediaan, pengetahuan, keazaman, kemahuan dan inovatif.

Mitos #8
Perniagaan tidak tersusun dan kacau bilau

Mitos ini adalah datangnya dari mereka yang langsung tidak mengetahui selok-belok perniagaan, mereka hanya membuat tanggapan. Sebenarnya usahawan bergerak dari berbagai sudut, mereka sentiasa melihat banyak peluang didepan mata maka mereka kelihatan seperti tidak terurus atau tidak terkawal. Sebenarnya mereka mempunyai matlamat dan sistem yang kadangkala boleh dihuraikan kadangkala tidak. Maka dari kacamata orang luar ianya kelihatan amat janggal sekali, tetapi usahawan berjaya dengan cara mereka.

Mitos #9
Kebanyakan usahawan gagal kali pertama

Banyak usahawan gagal pada kali pertama dalam perniagaan, dan mereka berpegang dengan kata-kata " jika gagal kali pertama, usaha dan terus usaha". Benar, kegagalan kali pertama mengajar kita untuk bersedia. 
 Banyak usahawan terbukti telah berjaya dalam perniagaan dalam kali pertama, ini kerana sebelum mereka bergelumang dalam dunia keusahawanan mereka telah bersedia dengan pengetahuan keusahawanan.

Mitos #10
Usahawan memperjudikan nasib dan pengambil risiko

Pandangan orang terhadap keberanian usahawan mengambil risiko telah diputar-belitkan. Adakah benar usahawan mengambil risiko dan memperjudikan nasib dengan membabi-buta. Sebenarnya usahawan berhadapan dengan risiko yang boleh diatasi. Kebiasaannya usahawan yang berjaya adalah mereka yang berusaha keras melalui perancangan dan persediaan untuk meminimumkan risiko dan mengawalnya menepati visi yang dirancangkan.

Kisah Kejayaan Faiza Bawumi Sayed Ahmad








Nama:
Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Syarikat: Faiza Marketing Sdn. Bhd

Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Pada usia emas, Hajah Faiza masih lagi aktif mengurus bisnessnya. Beliau dibantu oleh lima orang daripada tujuh anak-anaknya di samping ratusan orang pekerja. Kini beliau melakukan kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor. Hajah Faiza berpegang teguh kepada prinsip bagi maju dalam bisnes individu itu perlu rajin berusaha, tifak mudah patah semangat  dan perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat. Segala usaha bisnes walaupun bermula secara kecil-kecilan tidak boleh dipandang mudah kerana kesusahan itu dapat membina daya ketahanan diri kepada usahawan.


Sabtu, 15 Mac 2014

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

Sebagai seorang usahawan online, kita perlu merancang dengan baik, sama ada aktiviti perniagaan online, urusan peribadi ataupun projek-projek yang sedang dijalankan dengan sistematik. Oleh sebab itu, saya sering mengingatkan diri saya dan orang lain supaya menjadi lebih menepati masa dan sentiasa peka pada peluang untuk mencapai target.
Di sini saya kongsikan 5 tips bagaimana kita boleh menjadi lebih produktif sepanjang bergelar usahawan internet ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua newbie di luar sana:
1. Mempunyai objektif yang spesifik.
Penting untuk kita mempunyai matlamat dalam hidup supaya bisnes kita laksanakan ini akan menjurus ke arah pencapaian matlamat dan gol yang kita sendiri tetapkan. Teknik penetapan matlamat secara spesifik masih kekal relevan sebagai asas utama dalam penghasilan kerja yang berkesan. Jika kita tiada matlamat yang jelas dan baik maka sukarlah untuk mencapai aras kejayaan yang diharapkan, oleh itu teknik ini mampu memberikan kesan yang positif terhadap keperibadian diri, kerja dan perniagaan kita.
2. Senaraikan segala tugas dan tepati kerja tersebut secara prioriti dan sistematik
Dalam hidup kita ini terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga boleh menyebabkan kita kelam kabut jika tidak disusun dengan baik. Cuba anda senaraikan matlamat dan tugas yang perlu dilaksanakan secara sistematik terlebih dahulu. Projek mana yang ada deadline, yang mana boleh ditangguh terlebih dahulu, yang mana ada yang penting dan perlu diberikan perhatian serius. Semuanya perlu ditetapkan dengan lebih teliti.
3. Kawal setiap aktiviti dan dan tugasan dengan kerap
Kadang-kala setiap part kerja ataupun sesuatu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh itu kita perlu memberi perhatian, mengawasi setiap proses dengan jadual yang efisyen. Misalnya proses pembinaan laman web, anda boleh tetapkan masa 3 hari maksimum untuk menyiapkan design layout dan jangan lebih dari itu. Manakala proses upload/restore web dan database ke server dalam masa tidak lebih 1 hari dan sebagainya. Anda boleh outsoursekan kerja-kerja anda kepada orang lain, namun pastikan mereka dapat menyiapkan tugasan anda mengikut target yang ditetapkan.
4. Kurangkan aktiviti yang kurang produktif
Kebanyakan usahawan internet terlalu asyik dengan sesuatu perkara mahupun lupa task yang telah ditetapkan. Kurangkan aktiviti yang tidak produktif seperti :
- Kurangkan YM, MSN, Mirc, Skype dan lelain tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.
- Kurangkan masa menonton tv atau main game permainan video
- Jangan terlalu leka dengan facebook, twitter atau blog hiburan sehingga lupa kerja yang perlu dilakukan
- Periksa emel 4 kali sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam.
- Kurangkan melepak dan membuang masa tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.
Bukan tak boleh langsung untuk bersantai dengan aktiviti di atas, namun bataskan aktiviti tersebut dan hanya ketika anda merehatkan minda sahaja anda boleh gunakan untuk aktiviti di atas.
5. Beri ganjaran kepada diri sendiri bila sesuatu matlamat hampir sampai
Setelah bersusah payah berhari-hari nak menyiapkan sesuatu projek, hadiahkan suatu ganjaran kepada diri sendiri sebagai peransang dan motivasi untuk lebih bersemangat. Misalnya, sekiranya anda telah mencapai target jualan sebanyak 100 unit, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan memberi tablet PC baru. Terpulang apa jenis hadiah pun asalkan tidak menepati bajet anda. Ini penting untuk merangsang motivasi diri kita untuk lebih berjaya pada masa depan.
Ada banyak lagi tetapi saya rasa yang asas lebih baik dikuasai terlebih dahulu. Ini hanyalah sebahagian daripada tips asas yang perlu kita terapkan dalam kerja seharian. Moga dengan tips ini akan memberi manfaat pada diri saya dan juga kepada semua pembaca.

Kelebihan Sebagai Wanita Untuk Menjadi Usahawan


1. Media Sosial
Wanita memang terkenal sebagai ‘natural networkers’, mereka suka berbual dan berkawan dengan ramai orang. Dalam situasi perniagaan hari ini yang melihatkan trend peningkatan pengaruh media sosial, wanita mempunyai kelebihan mereka. Kita boleh lihat bagaimana mereka menguasai facebook dan twitter.
2. Toleransi Menghadapi Keadaan Susah
Jika anda seorang suami yang pernah melihat isteri melahir anak, anda tentu tahu bagaimana kuasa yang ada pada seorang wanita untuk menghadapi keperitan dan kesakitan. Begitu juga dalam perniagaan, wanita mudah untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan berbanding dengan lelaki. Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan jatuh bangun sesuatu perniagaan.
3. Multi-tasking
Wanita mudah untuk melakukan beberapa tugas dalam satu masa yang sama. Malah mereka mampu membuat yang terbaik dalam semua bidang. Cuba kenangkan ibu anda, dia mampu memasak, mengemas rumah, menyediakan pakaian, menghias rumah, membeli barang makanan, menjaga anak dan berfacebook, semua ini dilakukan dalam satu hari yang sama dan setiap hari. Lelaki tidak mampu melakukan apa yang kaum ibu lakukan.
4. Sabar
Dalam situasi perniagaan hari ini, anda tidak boleh menjadi kaya dalam sebulan dua. Anda perlu bergerak dengan perlahan dan konsisten. Untuk bergerak begini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Sekali lagi wanita mempunyai kelebihan dari aspek ini. Wanita memang terkenal sebagai individu yang sabar.
5. Mengikut Rasa Hati
Wanita membuat keputusan berdasarkan perasaan hati. Jika mereka memahami objektif perniagaan dan mengunakan kelebihan ini untuk membuat keputusan perniagaan, selalu keputusan ini adalah betul. Dalam perniagaan hari ini, anda perlu pantas untuk mengenali perasaan seseorang pelanggan dengan baik dan menguasainya.
6. Wanita adalah pembeli terbesar
Hanya wanita memahami wanita. Memandangkan wanita adalah orang yang paling banyak membeli-belah, maka penjual wanita mempunyai kelebihan yang besar. Mereka memahami kehendak dan kerenah pelanggan wanita. Wanita lebih suka membeli dengan wanita lain, ini kerana mereka tahu, hanya wanita memahami wanita.
Untuk pengetahuan anda, usahawan wanita berkembang dengan kadar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Lagi pula wanita memenuhi universiti tempatan, jika dilihat dalam bidang perniagaan, hampir 3/4 daripada kelas di universiti dipenuhi pelajar wanita. Mungkin lagi 20-30 tahun lagi usahawan wanita akan mengatasi lelaki dalam bidang perniagaan.
Jadi kepada wanita, anda tidak perlu risau untuk memulakan perniagaan, ini adalah masa yang tepat dan paling sesuai untuk anda menceburkan diri dalam perniagaan. Anda mempunyai semua kelebihan yang diperlukan.

Rabu, 12 Mac 2014

Usahawan Melayu (RAMLY BURGER)

Ramly Mokni   






Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

Tokoh usahawan Malaysia yang berjaya

Rozita Ibrahim

Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd





Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik. Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Beliau mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya. Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang di segani.

Sendayu Tinggi amat dikenali dengan rawatan herbanya apatah lagi Sliming Set yang kian popular telah terbukti berkesan dalam menguruskan badan. Bermula dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji seterusnya menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar tahun 1999, sekali lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan berpaling arah dalam meliasasikan kecantikan wanita.

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea. saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.