Syarikat: Faiza Marketing Sdn. Bhd
Beliau tidak menyangka pengalamannya
sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius
sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan
mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung
dalam dunia perniagaan.
Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia
pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah
duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan
dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan
mengedarkannya di kedai-kedai.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau
mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau
terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama
ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang
positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras
termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap
dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan
produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk
yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih
21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni
Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula
melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja
Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
Pada usia emas, Hajah Faiza masih lagi
aktif mengurus bisnessnya. Beliau dibantu oleh lima orang daripada tujuh
anak-anaknya di samping ratusan orang pekerja. Kini beliau melakukan
kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor. Hajah Faiza
berpegang teguh kepada prinsip bagi maju dalam bisnes individu itu perlu rajin
berusaha, tifak mudah patah semangat dan perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat.
Segala usaha bisnes walaupun bermula secara kecil-kecilan tidak boleh dipandang
mudah kerana kesusahan itu dapat membina daya ketahanan diri kepada usahawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan