1. Media Sosial
Wanita memang terkenal
sebagai ‘natural networkers’, mereka suka berbual dan berkawan dengan ramai
orang. Dalam situasi perniagaan hari ini yang melihatkan trend peningkatan
pengaruh media sosial, wanita mempunyai kelebihan mereka. Kita boleh lihat
bagaimana mereka menguasai facebook dan twitter.
2. Toleransi Menghadapi Keadaan Susah
Jika anda seorang suami
yang pernah melihat isteri melahir anak, anda tentu tahu bagaimana kuasa yang
ada pada seorang wanita untuk menghadapi keperitan dan kesakitan. Begitu juga
dalam perniagaan, wanita mudah untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan
berbanding dengan lelaki. Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan jatuh
bangun sesuatu perniagaan.
3. Multi-tasking
Wanita mudah untuk
melakukan beberapa tugas dalam satu masa yang sama. Malah mereka mampu membuat
yang terbaik dalam semua bidang. Cuba kenangkan ibu anda, dia mampu memasak,
mengemas rumah, menyediakan pakaian, menghias rumah, membeli barang makanan,
menjaga anak dan berfacebook, semua ini dilakukan dalam satu hari yang sama dan
setiap hari. Lelaki tidak mampu melakukan apa yang kaum ibu lakukan.
4. Sabar
Dalam situasi perniagaan
hari ini, anda tidak boleh menjadi kaya dalam sebulan dua. Anda perlu bergerak
dengan perlahan dan konsisten. Untuk bergerak begini, memerlukan kesabaran yang
tinggi. Sekali lagi wanita mempunyai kelebihan dari aspek ini. Wanita memang
terkenal sebagai individu yang sabar.
5. Mengikut Rasa Hati
Wanita membuat keputusan
berdasarkan perasaan hati. Jika mereka memahami objektif perniagaan dan
mengunakan kelebihan ini untuk membuat keputusan perniagaan, selalu keputusan
ini adalah betul. Dalam perniagaan hari ini, anda perlu pantas untuk mengenali
perasaan seseorang pelanggan dengan baik dan menguasainya.
6. Wanita adalah pembeli terbesar
Hanya
wanita memahami wanita. Memandangkan wanita adalah orang yang paling banyak
membeli-belah, maka penjual wanita mempunyai kelebihan yang besar. Mereka
memahami kehendak dan kerenah pelanggan wanita.
Wanita lebih suka membeli dengan wanita lain, ini kerana mereka tahu, hanya
wanita memahami wanita.
Untuk pengetahuan anda,
usahawan wanita berkembang dengan kadar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding
dengan lelaki. Lagi pula wanita memenuhi universiti tempatan, jika dilihat
dalam bidang perniagaan, hampir 3/4 daripada kelas di universiti dipenuhi
pelajar wanita. Mungkin lagi 20-30 tahun lagi usahawan wanita akan mengatasi lelaki
dalam bidang perniagaan.
Jadi kepada wanita, anda
tidak perlu risau untuk memulakan perniagaan, ini adalah masa yang tepat dan
paling sesuai untuk anda menceburkan diri dalam perniagaan. Anda mempunyai
semua kelebihan yang diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan