(Latar Belakang)
Tony Fernandes yang dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada tahun 1987.
Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice presiden kumpulan bagi kawasan Asia Tenggara.
(Air Asia)
Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737 yang usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001 telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui 142 laluan dan 78 destinasi dengan sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011, Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
(Cara cara Tony menempuhi Halangan)
Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu. Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil menganggap detik detik pahit yang dilalui hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.
Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini membantu Air Asia mengukuhkan daya saing ketika berhadapan dengan Malaysia Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi sama ada di Asia ataupun atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.
Akhir sekali, anda jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics
Tiada ulasan:
Catat Ulasan